Friday, February 4, 2011

monink~

Hai
Assalamua'laikum...
Lama aku tak update blog...
heheh, tak de lah lama mana pun...
Sebenarnya aku nak cerita tentang diri aku yang sebenarnya...
Aku ni sebenarnya panas baran...tapi tak adelah baran mana pun...
yang buat aku menulis disini ialah...adik-adik angkat aku sering pertikaikan mood aku yang sering berubah tatkala aku datang bekerja..
hmm.. aku tak tahu kenapa aku sering memarahi budak-budak sampai muka aku pun dah jadi bengis macam singa betina...

***
Beberapa hari yang lepas aku baca satu novel yang agak lamalah...
sebab novel ni novel mak cik aku...
Tajuk dia "Yang Sebenarnya by Aisya Sofea"
Sinopsis:
TIDAK semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie.Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat.
Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah.Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.
Seiring waktu berlalu... cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya, apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi panasaran. Akibatnya, mereka sering bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa...
lelaki itu seperti memusuhinya. Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!
***
Apa yang buat aku tertarik dengan buku ini ialah...
aku terus bukak segmen ilmu..nak tahu kenapa?

Sebab segmen ilmu ini tentang kemarahan....
haa...meh sini aku cerita sikit pasal kemarahan ni....

***
Marah adalah salah satu sifat mazmumah (tercela, terkeji, terhina) yang tidak sepatutnya ada pada seorang muslim mukmin. Justeru usaha untuk mengelakkan diri dari sifat marah menjadi satu kewajipan. Sifat marah yang wajib dibuang dari diri seseorang ialah sifat marah yang dilarang. Tidak semua sifat marah dilarang, adakalanya wajib kita marah terkadang diharuskan kita marah. kemampuan kita mengurus kemarahan akan membawa kita kepada situasi yang tenang dan membahagiakan.
Sifat marah dari sudut hukum boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:
  • Marah yang dipuji - perasaan marah dituntut apabila berlakunya pencabulan dan pelanggaran terhadap larangan-larangan Allah s.w.t. Sifat ini adalah hasil dari keimanan yang kua terhadap Allah s.w.t. kerana orang yang tidak marah terhadap pencabulan dan pelanggaran larangan Allah s.w.t. dianggap sebagai orang yang lemah iman. 
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, "sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia ubah dengan tangan (kekuasaan) sekiranya tidak mampu ubah dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu juga maka ubah dengan hati, itulah selemah-lemah iman."
Sikap untuk mengubah, menegur atau rasa tidak suka tidak akan timbul pada diri seseorang sekiranya tidak ada perasaan marah terhadap sesuatu perkara. Kecantikan islam dalam marah ialah apabila kita dapat menguruskan sifat marah dengan cara hikmah dan bijaksana bukan dengan cara mengikut paksaan dan nafsu seperti memaki hamun, mencerca, memukul atau tindakan-tindakan yang negatif. 

  • Marah yang dicela - Perasaan marah yang dilarang dan dicela ialah apabila marah terhadap pelaksanaan perintah Allah s.w.t. atau marah yang didorong oleh perasaan dan hawa nafsu seperti marah dan tidak suka dengan pelaksanaan hukum-hukum Allah s.w.t., marah dengan usaha dakwah, marah dengan pelaksanaan syiar Islam dan lain-lain. Sifat marah dalam kategori ini dicela dan dilarang kerana ia adalah sifat orang-orang kafir yang sentiasa tidak suka dan tidak senang apabila orang mengamalkan dan menghayati islam. Mereka menunjukkan perasaan mereka  dengan menunjukkan rasa marah apabila diamalkan dalam kehidupan manusia. 


  • Marah yang diharuskan - Marah yang diharuskan ialah marah yang tidak melanggar perintah Allah s.w.t. dan tidak melampaui batasan. Sebab itulah orang yang dapat mengawal perasaan ini disukai Allah s.w.t. seperti marah apabila tidak tahu perkara yang tidak sepatutnya diketahui, marah apabila tidak melakukan pekerjaan yang baik dan lain-lain.
Firman Allah s.w.t. maksudnya, "Dan orang yang mengekang kemarahan dan memberi kemaafan kepada orang lain, dan Allah s.w.t. suka kepada orang-orang yang baik."

Kesimpulannya wajib marah apabila hak Allah s.w.t. dilanggar, haram marah apabila hak-hak agama dilaksanakan dan harus marah pada perkara-perkara berkaitan kehidupan dengan syarat tidak melampaui batasan dan berakhlak bertujuan untuk memperbaiki kekurangan yang ada.

Ibnu Hibban menyatakan manusia sentiasa bertentangan antara marah dan kelembutan, siapa yang marah dengan kelembutan tidaklah dicela selama marahnya tidak dilarang. Manusia dari sudut kekuatan sifat marah ada tiga peringkat :
  1. Pasif ; Orang yang tiada perasaan marah, hilang dari dirinya sifat marah.
  2. Moderet ; iaitu pertengahan, orang yang dapat mrngawal perasaan marah menggunakan akal dan agama.
  3. Aggerasif ; Orang yang pemarah, baran, tidak mampu dikawal oleh akal dan agama, hilang kewarasan diri ketika marah.

Tip Membendung Kemarahan

Diantaranya ialah : 
  1. Membaca ta'awudz iaitu "A'uzubillahi minasyaitanir rajiim."
  2. Mengingati besarnya pahala orang yang mampu menahan kemarahannya.
  3. Mengambil sikap diam diri, tidak bercakap.
  4. Duduk atau bebbaring.
  5. Memikirkan betapa hodohnya penampilannya apabila sedang dalam keadaan marah.
  6. Mengingt betapa betapa besarnya balasan bagi orang yang memaafkan kesalahan orang lain.
  7. Meninggalkan pelbagai bentuk celaan, makian, tuduhan, laknat dan cercaan kerana semua itu termasuk perangai orang-orang bodoh dan jahil.
Renungan; Sekiranya kita dapat menguruskan kemarahan kita, mengikut pertimbangan  akal dan agama, marah tanpa menyebabkab orang lain sakit hati atau rasa dianiaya, sedia menerima kekurangan orang lain dan memaafkan kesilapan orang lain, hati kita akan tenang dan bahagia.

Sekian,
Terima kasih kerana sudi membaca....


Assalamua'laikum...

No comments: