Sunday, January 30, 2011

monink!

Assalamua'laikum~
hai...
lama sudah aku tidak menconteng disini...
heheh...
kesibukan di sekolah telah membuatkan aku tidak dapat online seperti biasa..
walaupun begitu..
aku masih dapat berita yang tak dapat nak dielakkan daripada paparazi yang tak bertauliah ini...
haish..
apa nak jadi ni...


haa..
ni ada satu lagi berita...
aku dah dapat buku yang aku nak iaitu....
YeaY!
akhirnya...
sebenarnya hari sabtu lepas aku pergike Jaya Jusco Bukit Tinggi dengan Malynda, adik dia, Maryam dan adik aku..
tapi aku balik dulu selepas membeli barang yang aku nak sebab aku ada latihan dengan membe aku...
dah lah balik seorang diri..tapi tak pe..sebab aku dah biasa dengan situasi macam ni..
then bila aku turun je bas kat klang...
membe aku suruh aku ikut naik sebuah kereta myvi kelabu..
pergh cari kereta tu je aku dah pusing satu citysquare.. 
bengong je..nak tahu sebab apa?
haa..
sebab...
masa tu berderet kereta myvi...bukan dua tiga kereta...
hah! banyak tahu! haish..
selepas aku call dia balik...aku baru jumpa kereta yang dicakapkan...
rupa-rupanya kereta depan mata je...
hahah! malu suda...
then aku pun ikutlah kereta tuh pergi ke rumah dia...
After aku sampai je ke rumah dia...
dia terus bagi aku dua buah lagu...
nak tahu lagu apa??
ahah! rahsia...
huhu...


pada saat-saatnya tiba..
malam tu dia suruh aku pakai blouse warna hitam..
aku cakap yang aku tak ada warna hitam..Zebra adalah..
haha...Zebra pun zebralah...yg penting ada hitam...
sampai je tempat yang dituju..ibu angkat aku suruh aku makan dulu...
walhal kt rumah aku dah melantak dua mangkuk laksa.
haha...tak senonoh kan?
tak pe lah..dah rezeki ada tak baik tolak tahu...
selepas makan aku pergi practise sekejap...
pergh susah gile ar nak buat suara lelaki...
bukan berubah kepada suara lelaki tapi  nak nyanyi lagu lelaki ni memang payah sikit..
hahah! tiba jua masa yang dinantikan...aku nyanyi dengan tangan yang menggeletar..
sebelum mula nyanyi je atuk-atuk dah bagi sokongan yang mant0p beb!
tidak disangka ada jugak peminat *purasan lebey*
huhu...
lepas satu lagu dapat tepukan yang gempak..
nak tahu kenapa? sebab aku nyanyi lagu orang dulu-dulu..
memanglah dapat tepukan yang terbaek beb...
then aku nyanyi lagu yang dipopularkan oleh faizal tahir...
dapat jugak sambutannya...
tiba jua masa balik...tapi sebelum tu kenalah bergambar dengan keluarga angkat...
inilah mereka-mereka yang telah bergelar anak angkat pada malam itu...
nak tahu aku nyanyi dengan siapa??
haa... dia berdiri yang hujung sekali...
bukan handsome mane pown...
hahah... ni law dia baca semua ni mati aku dikerjakannya...
 lepas berakirnya semua ini aku ikut mereka semua pergi ke tanjung harapan...
lepas tu terus balik rumah...
mata ku sudah ngantuk...
apa lagi...
bantal : hoi mak cik cepatlah baring atas aku..
selimut: ko dah tahu ko tu demam yang ko duk ngadap komputer lagi tuh kenapa??
aku : yelah..yelah!
ok sampai sini sajalah ye...
Assalamua'laikum

Sunday, January 23, 2011

sakit.

Assalamua'laikum...
hari ni kt tempat kerja, aku diam sahaja...
budak-budak aku dah susah hati tengok kakaknye diam hari ni...
masing-masing takut nak tegur sebab tengok muka kakak mereka macam singa betina menunggu mangsa untuk diterkam sahaja.
cuak jugak aku tengok muka masing-masing ketakutan...
kang x pasal-pasal lari pulak kang...

aku sebenarnye sakit tekak, then pasai itulah aku diam je...
sakit tekak aku kalau bercakap...
aku cakap bukan sikit-sikit.
panjang tahu.

ok, sampai sini je lah..
aku malas nak taip lagi sebenarnye...
apa-apa pun k in touch ok...
bye
Assalamua'laikum

Saturday, January 22, 2011

KEMURUNGAN

Apa itu kemurungan?
Ragam atau mood manusia sentiasa berubah. Bergantung pada keadaan. Kesedihan merupakan tindak balas yang normal apabila anda berhadapan dengan kesukaran dalam kehidupan, kekecewaan, dan kegagalan. Anda akan berasa sedih untuk jangka waktu yang singkat, tetapi rasa sedih ini akan beransur hilang apabila anda berjaya meneruskan hidup. Pengalaman pahit ini menjadikan anda lebih dewasa. Sekiranya kesedihan ini berterusan sehingga mengganggu tugas harian anda untuk bekerja, belajar, makan, tidur dan menikmati hidup secara normal, anda mungkin mengalami kemurungan.
Kemurungan atau depression adalah satu keadaan psychiartric yang memerlukan perhatian dan rawatan. Biasanya, orang yang kemurungan kekurangan tenaga, kurang daya konsentrasi dan mudah rasa gelisah dan resah. Tanda-tanda ini tidak sama bagi semua orang tetapi jika melebihi jamgka masa dua minggu, besar kemungkinan anda dilanda kemurungan. Sekiranya anda dapat mengesan tanda-tanda awal kemurungan dengan bantuan doktor, masalah ii boleh dirawat dengan berkesan. Ia tidak harus dianggap sebagai suatu kelemahan peribadi.

Tanda-tanda Awal Kemurungan :
  • Tekanan mood.
Rasa tidak ada harga diri, sedih, tidak bermaya atau kekosongan dalam hidup.
  • Hilang minat atau keinginan.
Tidak berdaya untuk mengalami kesoronokan. Tidak ada apa-apa yang boleh menimbulkan keseronokan termasuk hobi lama, aktiviti sosial dan lain-lain.
  • Perubahan selera makan atau berat badan.
Kekurangan atau pertambahan berat badan yang melebihi 5% daripada berat badan asas dalam sebulan.
  •  Perubahan tidur. 
Tidak lena atau gangguan tidur (insomnia) atau tidur yang berlebihan (hypersomnia).
  • Kerencatan atau gangguan psikomotor
Pergerakan terkunci, tidak dapat duduk diam, risau, tidak aktif atau lembap, pertuturan dan pergerakan anggota lambat atau kurang tindak balas.
  • Letih atau kehilangan tenaga. 
Kelemahan fizikal. Rasa letih meskipun ketika membuat kerja-kerja yang ringan. Tidak dapat melaksanakan tugas seperti biasa.
  • Rendah harga diri.  
Perasaan yang kuat terhadap diri yang tidak berharga atau bersalah, terutama dikritik atau ditegur ketika melakukan apa-apa kesilapan.
  • Fokus pada permasalahan.   
Tidak berupaya untuk menfokus sesuatu, sukar membuat keputusan. Tidak dapat berfikir dengan waras, mengalami masalah ingatan.
  • Rasa cepat marah.  
Suka merungut, mudah sakit hati dengan perkara remeh, panas baran.
  • Rasa lemah dan sakit-sakit. 
Kemurungan boleh menyebabkan atau mengundang kelemahan fizikal yang lain termasuk sakit kepala, sakit belakang, sering buang air atau sembelit, sakit di belakang perut dan sendi-sendi.

Faktor-faktor Berisiko pada Kemurungan.
  • Kurang sokongan sosial.
Sokongan sosial bertindak sebagai pelindung terhadap kemurungan. Mereka yang terasing dan tidak mempunyai ramai kawan atau ahli keluarga yang muncul untuk membantu semasa berlakunya tekanan boleh mengakibatkan kemurungan.
  • Tekanan hidup dan pengalaman terkini. 
Apabila manusia melalui tekanan hidup yang melebihi batas kemampuan mereka, kemurungan boleh berlaku. Hubungan dengan keluarga dan kerjaya turut menjadi masalah.
  • Sejarah kemurungan yang lepas.  
Sekiranya anda pernah mengalami episod kemurungan, anda mengahadapi risiko tinggi terhadap episod kemurungan yang baru. Kebarangkalian berlakunya pengulangan kemurungan ini menjadi semakin kerap setiap kali anda dalam kesedihan.
  • Sejarah kemurungan dalam keluarga.  
Sekiranya ada sejarah kemurungan dalam keluarga anda, risiko anda terhadap kemurungan adalah tinggi. Risiko ini lebih tinggi sekiramya keluarga seperti ibu bapa atau adik-beradik yang mengalami kemurungan.

  • Status sosioekonomi yang rendah.
Kajian mendapati sosioekonomi yang rendah mempunyai perkaitan rapat dengan meningkatnya jumlah manusia yang mengalami kemurungan. Mereka yang berstatus rendah dari segi pendapatan, pelajaran, dan kerjaya menghadapi banyak rintangan dan tekanan yang boleh mengakibatkan kemurungan.


  • Emosi dan personaliti yang bercelaru. 

Mereka yang mengalami kecelaruan emosi dan personaliti terdedah kepada kemurungan.

  • Keaadaan kesihatan yang kronik. 
Mereka yang berhadapan dengan masalah kesihatan atau penyakit kronik boleh mendatangkan kemurungan.

  • Jantina perempuan. 
Wanita dua kali ganda boleh menghadapi kemurungan berbanding lelaki.

  • Umur yang lanjut. 
Mereka yang berumur 65 tahun mudah cenderung mendapat kemurungan.

Bagaimana Merawati Kemurungan?
Terdapat banyak cara yang boleh dipilih untuk merawat kemurungan. Pendekatan yang lazim digunakan termasuklah beberapa jenis psikoterapi, perubahan antidepressant atau gabungan kedua-duanya. 

 

Tuesday, January 11, 2011

today

Assalamua'laikum...
Hari ini berlaku satu perkara yang tidak aku duga.
Nak tahu kenapa?
Sebab hari ini aku berjumpa dengan satu kawan lama ni...
Dia tawarkan aku satu pekerjaan yang lumayan..
Aku sebenarnya tak kisah dengan gaji asalkan kerjanya halal dan aku boleh lakukan tanpa ada paksaan...
Masa aku jumpa dia..He's totally change you know. I don't know how to explain it to you all because he.....
haha... dia sebenarnya tak berubah langsung tapi cara dia berpakaian dan bercakap dngan aku lain daripada yang dahulu...
yela, setiap orang mesti berubah atas dorongan orang ataupu atas sebab-sebab yang tertentu yang tak dapat nak dijelaskan melalui percakapan.
hurm... sebenarnya aku tak ada topik nak bercakap sebab terlalu banyak yang berlaku.
maaflah apa yang aku cerita  ni macam india sedikit...
aku cuma keliru dengan apa yang terjadi hari ini.
i feel to dizzy today.
that's it...
bye...
assalamua'laikum

Monday, January 10, 2011

Pelik tapi Kelakar!

Cerita ni dah lama aku baca tapi aku nak kongsi ngan kamu semua.


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-​peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

give a big hand to Fazi

              



Wednesday, January 5, 2011

Rokok

  • Fakta tentang Rokok.



MEROKOK ADALAH HARAM
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 bersetuju  membuat keputusan bahawa merokok adalah haram.
“Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan”-Surah Al-Baqarah : 195

MEROKOK MENGAKIBATKAN STROK
Nikotin dalam rokok merosakkan saluran darah. Dinding salur darah tersumbat di dalam otak. Sebahagian badan akan lumpuh dan mungkin membawa maut.

MEROKOK MENGAKIBATKAN KELAHIRAN PRA MATANG
Merokok semasa hamil mengakibatkan risiko kelahiran bayi pra-matang dan kurang berat badan.

MEROKOK MENGAKIBATKAN KANSER MULUT
Merokok merupakan sebab utama kanser mulut. Kanser ini akan menyebabkan pesakit memerlukan pembedahan yang rumit serta menimbulkan masalah pemakanan, pertuturan serta kecacatan kekal.

MEROKOK MENGAKIBATKAN KERACUNAN
Apabila anda merokok, anda akan menyedut asap rokok yang mengandungi arsenik dan naphthalene. Keduanya adalah bahan utama dalamracun tikus dan ubat gegat.

Kandungan rokok:
Ammonia (Pencuci lantai)
Toluidina (Pelarut industri)
Uretana
Hidrogen Sianida (Racun untuk hukuman mati)
Naphthylamine (Kapur barus)
Arsenik (Racun anai-anai)
Dibenzakridine
Naftalena (Ubat gegat)
Metanol (Bahan api)
Aseton (Penanggal cat)
Kadmium (Bateri kereta)
Butana (Bahan bakar pemetik api)
DOT (Racun makhluk perosak)
Nikotin (Membuat PVC)
Karbon Monoksida (Gas beracun dari ekzos kereta)
Tar (Bahan membuat jalanraya)
Fenol
Polonium – 210

Justeru, apa lagi yang kita tunggu, marilah bersama-sama menyertai komuniti sihat tanpa rokok.
Berhentlah sebelum terlambat.




  • Tempat Larangan Merokok.



Pada 5 Jun 2009 yang llau, pihak kerajaan telahpun mengeluarkan satu memo larangan merokok di kawasan-kawasan yang diwartakan. Berikut ialah kawasan-kawasan yang dilarang merokok:-

1. Di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disco, kelab malam atau kasino
2. Di mana-mana kawasan hospital atau klinik
3. Di dalam lif atau tandas awam
4. Di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin
5. Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
6. Di dalam bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam warta
7. Di mana-mana kawasan lapangan terbang
8. Di mana-mana kawasan premis kerajaan
9. Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan
10. Di mana-mana kawasan institusi pendidikan tinggi
11. Di mana-mana kawasan taman asuhan kanak
12. Di dalam bas sekolah
13. Di mana-mana tingkat dalam bangunan yang mempunyai kaunter perkhidmatan bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional dan Pos Malaysia
14. Di mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah
15. Di mana-mana kawasan di dalam stesyen minyak
16. Di mana-mana kawasan di dalam stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium
17. Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
18. Di mana-mana kawasan di dalam perpustakaan
19. Di mana-mana kawasan di dalam kafe internet dan
20. Di mana- mana kawasan di dalam tempat latihan khidmat negara

Jika dilihat senarai tempat diatas, ianya menunjukkan dengan jelas bahawa golongan perokok adalah tidak dialu-alukan di dalam masyarakat. Jadi, usahlah biarkan diri anda dipinggirkan oleh masyarakat.

Berhentilah merokok sebelum terlambat.




  • Sejarah Tentang Rokok.



Sejak  4000 tahun dahulu, saintis mendedahkan bahawa penduduk tempatan di Mexico, Amerika Tengah dan Selatan mempunyai tabiat mengunyah tembakau.  Kemudiannya, tembakau telah diperkenalkan di Eropah oleh Christopher  Columbus yang menjejakkan kakinya di benua Amerika pada tahun 1492.

Ketagihan merokok bermula di Eropah terutamanya semasa Perang  Crimean, Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Kilang rokok pertama wujud di London pada tahun 1880.

Dalam dunia Islam, tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ia tidak pernah dikenali pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Secara amnya  umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpengaruh  dengan Barat yang menjajah mereka. Kini, merokok  adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita,  sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu budaya yang elit dan membanggakan.


Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yang dipaparkan melalui iklan- iklanmedia massa pada suatu masa dahulu, ingin pula bergaya demi mencapai status keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. 


Jadi, sedarlah, merokok sebenarnya bukanlah suatu yang fitrah, ianya adalah disebabkan oleh propaganda serta pengaruh buruk yang dibawa oleh pihak barat ke dalam masyarakat kita. Berhentilah merokok. Tekniknya ada diajarkan di dalam ebook http://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=rKMm&mc=f&s=GRwap&y=7&


  • Fatwa Merokok.



Bagi kita yang beragama Islam, saya rasa perlunya untuk kita saling mengingatkan antara kita berkaitan fatwa yang telah disuarakan oleh ulama-ulama kita yang semakin hari semakin dilupakan.

Kesan daripada bahaya dan kemudaratan yang ditimbulkan oleh tabiat  merokok ini, maka pada 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 telah memutuskan  bahawa tabiat merokok itu adalah haram menurut pandangan Islam. Fatwa ini disokong oleh beberapa pertubuhan termasuk Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Dibawah pula, antara lagi hukum tentang merokok yang telah dikeluarkan oleh ulama-ulama yang lain.

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.


Secara umumnya, para ulama mengharamkan rokok dengan bersandarkan kepada hujah-hujah bahawa merokok boleh mengakibatkan kerosakan kepada agama, kesihatan, alam sekitar, kewangan dan sebagainya.




Tuesday, January 4, 2011

Segmen Ilmu

Sejarah Akupunktur

Akupunktur adalah satu daripada perubatan yang tertua di dunia yang sering digunakan bagi menyembuhkan penyakit dengan menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik-titik tertent badan yang dikenali sebagai 'Acupuncture Point'. Rawatan jenis ini boleh dikatakan diguna oleh semua masyarakat kuno yang bertamadun awal seperti orang-orang Arab Tigris, Mesir Kuno, India dan China.
Ditemui di China pada 3500 tahun yang lalu, tetapi hanya selepas tiga dekad barulah akunpunktur menjadi salah satu daripada perubatan terkenal di dunia. Rawatan penyakit yang dianggap terbaik melalui kaedah akunpunktur ialah:
  1. Sakit Kepala dan Migran
  2. Sakit Parkinson
  3. Lumpuh Sebelah Muka / Bell Palsy
  4. Kesan dari Strok / Lumpuh
  5. Hernia
  6. Masalah Kencing Kerap atau tidak boleh kencing
  7. Buasir
  8. Sakit Belikat / Sakit Bahagian pinggang
  9. Sakit Kerangka Punggung
  10. Sakit Sendi Tulang 
  11. Asma
  12. Diabetes
  13. Sakit Bahu  

Cara Rawatan

Akupunktur ialah kaedah menusukkan jarum-jarum halus ke dalam tubuh berdasarkan petunjuk (point) di bahagian yang sudah dikenal pasti pada tubuh pesakit di samping ubat-ubatan herba dan akar kayu.
Setaip petunjuk yang mampu merangsang hormon akupunktur mempunyai sel dalam tubuh melalui kaedah akupunktur mempunyai nama tertentu, seperti leique, jao, zongfu, weiyang dan bahue. Apabila jarum akupunktur, sama ada yang berwarna emas, tembaga atau perak dimasukkan ke dalam petunjuk pada bahagian yang dikenal pasti mengalami kesakitan, ia akan merangsang metabolisme pesakit. Oleh sebab benda asing memasuki tubuh, hormon dan sel yang tidak aktif terangsang semula, sekali gus memulihkan pesakit.
Berdasarkan perubatan akupunktur yang dipelopori orang Cina, setiap manusia mempunyai 365 petunjuk dan 12 meridium dalam tubuh mereka, sekali gus bermaksud jumlah hari dan bulan sepanjang tahun. Prinsip asas akupunktur adalah berdasarkan keupayaan tubuh badan untuk sembuh dengan sendiri. Terdapat beberapa laluan tenaga di dalam tubuh badan yang juga diganggu dengan cara tertentu boleh mempengaruhi keseimbangan semula jadi badan.
Pakar akupunktur menggunakan jarum untuk merawat proses terjadinya sesuatu penyakit.
Setiap rawatan akupunktur hanya mengambil masa antara 30 hingga 45 minit dan lazimnya setelah menjalani beberapa siri terapi akupunktur, seseorang pesakit hanya boleh pulih sepenuhnya, Pada zaman kuno, orang-orang China menggunakan batu-batu tajam, kayu, buluh dan lain-lain sebagai asas perawatan untuk menekan atau menusuk di bahagian tertentu badan.

Penggunaan ala-alat moden

Pada zaman moden ini, alat-alat tersebut telah diganti dengan jarum-jarum halus yang telah tersedia suci hama atau sterile, yang diperbuat daripada logam seperti jarum emas, jarum perak dam jarum tembaga. Bagaimanapun, jarum emas adalah yang termahal dan dikira sebagai jarum yang dapat mengeluarkan tenaga 'qi' yang 100 kali ganda kekuatan dari jarum perak.
Pada jarum-jarum ini sudah tersedia ada magnetik yang kita namakan sebagai kuasa ubat pada jarum tersebut. Sebab itulah bila ditusuk ke suatu titik khas di badan, jarum-jarum tersebut akan mengeluarkan rasa seperti berdenyut-denyut, kebas, berat atau bengkak. Semua rasa-rasa ini yang dikenali sebagai 'Deqi' mengeluarkan arus elektik melalui apa yang dinamakan sebagai koleteral, channel atau meridian, yang kesemuanya boleh mengeluarkan kuasa 'qi' yang secukupnya untuk melega atau menyembuhkan sesuatu penyakit.

10 ten words in last year.

10 words that give to many mean to me in last year.
Which is:

The most selfish one letter 'I' - avoid it.
Most satisfactory two letters 'WE' - use it.
Most poisonous three letters 'EGO' - kill it.
Most used four letters 'LOVE' -value it.
Most pleasing five letters 'SMILE' - keep it.
Fastest spreading six letters 'RUMUOR' - ignore it.
Hardworking seven letters 'SUCCESS' - achieve it.
Most enviable eight letters 'JEALOUSY' - distance it. 
Most powerful nine letters 'KNOWLEDGE' - acquire it.
Most devine ten letters 'FRIENDSHIP' - maintain it.

"Friendship...persahabatan inilah yang patut kita kekalkan sampai bila-bila."
"Sahabat sejati...seseorang yang selalu hadir masa kita sedih dan kesepian. Selalu bersama saat duka lara...memahami dan boleh menghiburkan. Tak pandang kaya atau miskin. Seseorang yang membantu kita bangun tatkala kita jatuh. Sama-sama menitiskan air mata bahagia masa kita senang..jadi teman yang menghibur masa kita tak punya sesiapa untuk bersandar"

"Cinta lahir dalam hati dan bukan dalam bicara. maknanya cinta tak perlu diucapkan."
"Cinta boleh melukakan sekeping hati yang tidak berdosa. Cinta pada ALLAH saja yang abadi,"
"Cinta itu adalah anugerah terindah. Cinta itu cuma satu patah perkataan, maknanya berbeza bagi setiap insan."
"Ramai orang pandai mengucapkan dan menghayati cinta,tapi tidak ada sesiapa yang pandai menilai cinta kerana cinta bukannya objek yang boleh dilihat dengan mata kasar, sebaliknya cinta hanya boleh ditilik melalui hati dan perasaan."
"Cinta memang indah, tapi apabila cinta disertai dengan dusta dan penbohongan, maka keindahan cinta itu akan hilang."
"Cinta tidak boleh dipaksa. Nantikan kehadirannya dengan sabar...cinta datang pada saat yang tak terduga. Jangan lari dari cinta kerana cinta itu indah."
"Cinta tak harus saling memiliki."
"Cinta sangat misteri. Punya kekuatan yang sangat luar biasa. Bukan untuk difahami, tapi dirasa. Cinta adalah mencintai dan dicintai oleh insan yang ditakdirkan untuk kita. Hanya saat kita merasakan cinta, kita akan tahu apa itu cinta."

" Cinta bukan dari kata-kata, tapi dari segumpal keinginan yang diberi kepada hati yang memerlukan."
kalau kita tiba-tiba jatuh cinta pada sahabat kita sendiri, perasaan itu jangan kita tunjukkan kerana cinta akan merosakkan nilai sebuah persahabatan yang merupakan satu anugerah dari ALLAH."


Pesanan Nobita dan Sizuka kepada kamu semua~

Di suatu malam depan panggung wayang…
Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..x bosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..
Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..
Mereka pun menuju ke i-City..
Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..
Mereka pun tiba di i-City..
Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huh
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..
Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huh
Nobita : Errr~ huhu..
Mereka pun pulang..
Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huh
Nobita : Eh..errr~ huhu
Sizuka :  Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huh~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.
Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
Sizuka : Memang diorang yg bagi izin tapi awk tau x yg diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk yg memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia.
Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je yg suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya yg sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan yg awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x yg awk tu siapa?? hanya hamba Allah…awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…
dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kearah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huh~
Suasana bertukar menjadi suram…sehinggalah nobita mula meluah perasaan…
Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi…awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan…kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..
Nobita : ……
[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan yg akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]
peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri yg teramat hina ini~

Monday, January 3, 2011

teh

Teh Hijau

Antara Kebaikannya:
  1. Boleh mengurangkan risiko penyakit kanser, diabetes, darah tinggi, demam selsema, asma, sakit sendi, mengurangkan stres dan menguatkan tulang.
  2. Risiko serangan penyakit jantung dan strok juga dapat dikurangkan kerana air teh hijau merendahkan kadar kolestrol dalam badan.
  3. Vitamin E dalam teh hijau bertindak sebagai anti oksidan dan melambatkan proses penuaan dan mencantikkan kulit.
  4. Amalan minum teh hijau boleh menurunkan berat badan.
  5. Teh ini kaya dengan fluoride untuk mengelakkan kerosakan gigi dan mineral yang baik untuk melawan osteoporosis.
  6. Teh hijau boleh mengurangkan risiko penyakit alzheimer kerana ia melambatkan acetylcholine di dalam otak.
  7. Anti oksidan yang terkandung di dalamnya juga membantu mengelakkan kerosakan sel di otak yang boleh menyebabkan penyakit Parkinson.
  8. Catechin dalam teh hijau boleh membunuh bakteria yang menyebabkan keracunan makanan.
  9. Epigallocatechin gallate dalam teh hijau boleh menghalang merebaknya virus HIV dan mampu membentuk sistem pertahanan badan dalam diri seseorang yang menghidap HIV.

Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mendapatkan khasiat teh yang maksimum hingga bermanfaat pada kesihatan .
  1. Dimulakan dengan membersihkan teko, memasak air (lebih baik kalau dapat gunakan air mineral), memasukkan serbuk teh hijau ke dalam teko, menuang air panas, mengacaunya sampai rata dan berbuih. Baru dihidangkan.
  2. Untuk dapatkan rasa teh yang yang enak, cuci daun teh dengan menuangkan air panas secukupnya pada rendaman pertama kemudian digoncang beberapa saat sebelum airnya dibuang. Tujuannya untuk buang debu yang masih melekat pada teh.
  3. Untuk rendam teh putih dan hijau, gunakan air yang baru mulai mendidih.  Lepas tuang air, tunggu satu hingga tiga minit untuk teh hijau dan lima hingga tujuh minit untuk teh putih.
  4. Jangan simpan teh yang sudah direndam lebih dari 24 jam, kerana teh boleh jadi basi.
  5. Simpanlah teh dalam bekas tertutup agar aromanya tetap terjaga dan tahan panas.