Monday, January 3, 2011

teh

Teh Hijau

Antara Kebaikannya:
  1. Boleh mengurangkan risiko penyakit kanser, diabetes, darah tinggi, demam selsema, asma, sakit sendi, mengurangkan stres dan menguatkan tulang.
  2. Risiko serangan penyakit jantung dan strok juga dapat dikurangkan kerana air teh hijau merendahkan kadar kolestrol dalam badan.
  3. Vitamin E dalam teh hijau bertindak sebagai anti oksidan dan melambatkan proses penuaan dan mencantikkan kulit.
  4. Amalan minum teh hijau boleh menurunkan berat badan.
  5. Teh ini kaya dengan fluoride untuk mengelakkan kerosakan gigi dan mineral yang baik untuk melawan osteoporosis.
  6. Teh hijau boleh mengurangkan risiko penyakit alzheimer kerana ia melambatkan acetylcholine di dalam otak.
  7. Anti oksidan yang terkandung di dalamnya juga membantu mengelakkan kerosakan sel di otak yang boleh menyebabkan penyakit Parkinson.
  8. Catechin dalam teh hijau boleh membunuh bakteria yang menyebabkan keracunan makanan.
  9. Epigallocatechin gallate dalam teh hijau boleh menghalang merebaknya virus HIV dan mampu membentuk sistem pertahanan badan dalam diri seseorang yang menghidap HIV.

Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mendapatkan khasiat teh yang maksimum hingga bermanfaat pada kesihatan .
  1. Dimulakan dengan membersihkan teko, memasak air (lebih baik kalau dapat gunakan air mineral), memasukkan serbuk teh hijau ke dalam teko, menuang air panas, mengacaunya sampai rata dan berbuih. Baru dihidangkan.
  2. Untuk dapatkan rasa teh yang yang enak, cuci daun teh dengan menuangkan air panas secukupnya pada rendaman pertama kemudian digoncang beberapa saat sebelum airnya dibuang. Tujuannya untuk buang debu yang masih melekat pada teh.
  3. Untuk rendam teh putih dan hijau, gunakan air yang baru mulai mendidih.  Lepas tuang air, tunggu satu hingga tiga minit untuk teh hijau dan lima hingga tujuh minit untuk teh putih.
  4. Jangan simpan teh yang sudah direndam lebih dari 24 jam, kerana teh boleh jadi basi.
  5. Simpanlah teh dalam bekas tertutup agar aromanya tetap terjaga dan tahan panas.

    No comments: