Saturday, January 22, 2011

KEMURUNGAN

Apa itu kemurungan?
Ragam atau mood manusia sentiasa berubah. Bergantung pada keadaan. Kesedihan merupakan tindak balas yang normal apabila anda berhadapan dengan kesukaran dalam kehidupan, kekecewaan, dan kegagalan. Anda akan berasa sedih untuk jangka waktu yang singkat, tetapi rasa sedih ini akan beransur hilang apabila anda berjaya meneruskan hidup. Pengalaman pahit ini menjadikan anda lebih dewasa. Sekiranya kesedihan ini berterusan sehingga mengganggu tugas harian anda untuk bekerja, belajar, makan, tidur dan menikmati hidup secara normal, anda mungkin mengalami kemurungan.
Kemurungan atau depression adalah satu keadaan psychiartric yang memerlukan perhatian dan rawatan. Biasanya, orang yang kemurungan kekurangan tenaga, kurang daya konsentrasi dan mudah rasa gelisah dan resah. Tanda-tanda ini tidak sama bagi semua orang tetapi jika melebihi jamgka masa dua minggu, besar kemungkinan anda dilanda kemurungan. Sekiranya anda dapat mengesan tanda-tanda awal kemurungan dengan bantuan doktor, masalah ii boleh dirawat dengan berkesan. Ia tidak harus dianggap sebagai suatu kelemahan peribadi.

Tanda-tanda Awal Kemurungan :
  • Tekanan mood.
Rasa tidak ada harga diri, sedih, tidak bermaya atau kekosongan dalam hidup.
  • Hilang minat atau keinginan.
Tidak berdaya untuk mengalami kesoronokan. Tidak ada apa-apa yang boleh menimbulkan keseronokan termasuk hobi lama, aktiviti sosial dan lain-lain.
  • Perubahan selera makan atau berat badan.
Kekurangan atau pertambahan berat badan yang melebihi 5% daripada berat badan asas dalam sebulan.
  •  Perubahan tidur. 
Tidak lena atau gangguan tidur (insomnia) atau tidur yang berlebihan (hypersomnia).
  • Kerencatan atau gangguan psikomotor
Pergerakan terkunci, tidak dapat duduk diam, risau, tidak aktif atau lembap, pertuturan dan pergerakan anggota lambat atau kurang tindak balas.
  • Letih atau kehilangan tenaga. 
Kelemahan fizikal. Rasa letih meskipun ketika membuat kerja-kerja yang ringan. Tidak dapat melaksanakan tugas seperti biasa.
  • Rendah harga diri.  
Perasaan yang kuat terhadap diri yang tidak berharga atau bersalah, terutama dikritik atau ditegur ketika melakukan apa-apa kesilapan.
  • Fokus pada permasalahan.   
Tidak berupaya untuk menfokus sesuatu, sukar membuat keputusan. Tidak dapat berfikir dengan waras, mengalami masalah ingatan.
  • Rasa cepat marah.  
Suka merungut, mudah sakit hati dengan perkara remeh, panas baran.
  • Rasa lemah dan sakit-sakit. 
Kemurungan boleh menyebabkan atau mengundang kelemahan fizikal yang lain termasuk sakit kepala, sakit belakang, sering buang air atau sembelit, sakit di belakang perut dan sendi-sendi.

Faktor-faktor Berisiko pada Kemurungan.
  • Kurang sokongan sosial.
Sokongan sosial bertindak sebagai pelindung terhadap kemurungan. Mereka yang terasing dan tidak mempunyai ramai kawan atau ahli keluarga yang muncul untuk membantu semasa berlakunya tekanan boleh mengakibatkan kemurungan.
  • Tekanan hidup dan pengalaman terkini. 
Apabila manusia melalui tekanan hidup yang melebihi batas kemampuan mereka, kemurungan boleh berlaku. Hubungan dengan keluarga dan kerjaya turut menjadi masalah.
  • Sejarah kemurungan yang lepas.  
Sekiranya anda pernah mengalami episod kemurungan, anda mengahadapi risiko tinggi terhadap episod kemurungan yang baru. Kebarangkalian berlakunya pengulangan kemurungan ini menjadi semakin kerap setiap kali anda dalam kesedihan.
  • Sejarah kemurungan dalam keluarga.  
Sekiranya ada sejarah kemurungan dalam keluarga anda, risiko anda terhadap kemurungan adalah tinggi. Risiko ini lebih tinggi sekiramya keluarga seperti ibu bapa atau adik-beradik yang mengalami kemurungan.

  • Status sosioekonomi yang rendah.
Kajian mendapati sosioekonomi yang rendah mempunyai perkaitan rapat dengan meningkatnya jumlah manusia yang mengalami kemurungan. Mereka yang berstatus rendah dari segi pendapatan, pelajaran, dan kerjaya menghadapi banyak rintangan dan tekanan yang boleh mengakibatkan kemurungan.


  • Emosi dan personaliti yang bercelaru. 

Mereka yang mengalami kecelaruan emosi dan personaliti terdedah kepada kemurungan.

  • Keaadaan kesihatan yang kronik. 
Mereka yang berhadapan dengan masalah kesihatan atau penyakit kronik boleh mendatangkan kemurungan.

  • Jantina perempuan. 
Wanita dua kali ganda boleh menghadapi kemurungan berbanding lelaki.

  • Umur yang lanjut. 
Mereka yang berumur 65 tahun mudah cenderung mendapat kemurungan.

Bagaimana Merawati Kemurungan?
Terdapat banyak cara yang boleh dipilih untuk merawat kemurungan. Pendekatan yang lazim digunakan termasuklah beberapa jenis psikoterapi, perubahan antidepressant atau gabungan kedua-duanya. 

 

No comments: