Tuesday, January 4, 2011

Segmen Ilmu

Sejarah Akupunktur

Akupunktur adalah satu daripada perubatan yang tertua di dunia yang sering digunakan bagi menyembuhkan penyakit dengan menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik-titik tertent badan yang dikenali sebagai 'Acupuncture Point'. Rawatan jenis ini boleh dikatakan diguna oleh semua masyarakat kuno yang bertamadun awal seperti orang-orang Arab Tigris, Mesir Kuno, India dan China.
Ditemui di China pada 3500 tahun yang lalu, tetapi hanya selepas tiga dekad barulah akunpunktur menjadi salah satu daripada perubatan terkenal di dunia. Rawatan penyakit yang dianggap terbaik melalui kaedah akunpunktur ialah:
  1. Sakit Kepala dan Migran
  2. Sakit Parkinson
  3. Lumpuh Sebelah Muka / Bell Palsy
  4. Kesan dari Strok / Lumpuh
  5. Hernia
  6. Masalah Kencing Kerap atau tidak boleh kencing
  7. Buasir
  8. Sakit Belikat / Sakit Bahagian pinggang
  9. Sakit Kerangka Punggung
  10. Sakit Sendi Tulang 
  11. Asma
  12. Diabetes
  13. Sakit Bahu  

Cara Rawatan

Akupunktur ialah kaedah menusukkan jarum-jarum halus ke dalam tubuh berdasarkan petunjuk (point) di bahagian yang sudah dikenal pasti pada tubuh pesakit di samping ubat-ubatan herba dan akar kayu.
Setaip petunjuk yang mampu merangsang hormon akupunktur mempunyai sel dalam tubuh melalui kaedah akupunktur mempunyai nama tertentu, seperti leique, jao, zongfu, weiyang dan bahue. Apabila jarum akupunktur, sama ada yang berwarna emas, tembaga atau perak dimasukkan ke dalam petunjuk pada bahagian yang dikenal pasti mengalami kesakitan, ia akan merangsang metabolisme pesakit. Oleh sebab benda asing memasuki tubuh, hormon dan sel yang tidak aktif terangsang semula, sekali gus memulihkan pesakit.
Berdasarkan perubatan akupunktur yang dipelopori orang Cina, setiap manusia mempunyai 365 petunjuk dan 12 meridium dalam tubuh mereka, sekali gus bermaksud jumlah hari dan bulan sepanjang tahun. Prinsip asas akupunktur adalah berdasarkan keupayaan tubuh badan untuk sembuh dengan sendiri. Terdapat beberapa laluan tenaga di dalam tubuh badan yang juga diganggu dengan cara tertentu boleh mempengaruhi keseimbangan semula jadi badan.
Pakar akupunktur menggunakan jarum untuk merawat proses terjadinya sesuatu penyakit.
Setiap rawatan akupunktur hanya mengambil masa antara 30 hingga 45 minit dan lazimnya setelah menjalani beberapa siri terapi akupunktur, seseorang pesakit hanya boleh pulih sepenuhnya, Pada zaman kuno, orang-orang China menggunakan batu-batu tajam, kayu, buluh dan lain-lain sebagai asas perawatan untuk menekan atau menusuk di bahagian tertentu badan.

Penggunaan ala-alat moden

Pada zaman moden ini, alat-alat tersebut telah diganti dengan jarum-jarum halus yang telah tersedia suci hama atau sterile, yang diperbuat daripada logam seperti jarum emas, jarum perak dam jarum tembaga. Bagaimanapun, jarum emas adalah yang termahal dan dikira sebagai jarum yang dapat mengeluarkan tenaga 'qi' yang 100 kali ganda kekuatan dari jarum perak.
Pada jarum-jarum ini sudah tersedia ada magnetik yang kita namakan sebagai kuasa ubat pada jarum tersebut. Sebab itulah bila ditusuk ke suatu titik khas di badan, jarum-jarum tersebut akan mengeluarkan rasa seperti berdenyut-denyut, kebas, berat atau bengkak. Semua rasa-rasa ini yang dikenali sebagai 'Deqi' mengeluarkan arus elektik melalui apa yang dinamakan sebagai koleteral, channel atau meridian, yang kesemuanya boleh mengeluarkan kuasa 'qi' yang secukupnya untuk melega atau menyembuhkan sesuatu penyakit.

No comments: