Sabtu, 18/12/2010
hari ni aku pergi ke pahang untuk bermain gamelan.
Pergh~
banyak story yang aku nak cerita dengan kamu semua...itupun kalau kamu sudi bacalah ye...
mula-mula sampai sekolah je ade yang buat masalah.
nak tahu siapa iaitu

(siti hajar) dan

(muslihah a.k.a leha)
mereka inilah yang membuatkan perjalanan untuk ke pahang lambat...
janji pukul 12 tengah hari. alih-alih pukul 1 petang baru bertolak...
haish~ =.="
sebelum memulakan perjalanan..

mama (isteri ckg saipul) suruh syazwan a.k.a boboy bace doa, supaya perjalanan untuk ke sana selamat...
seperti biasa...aku kalau pergi ke mana-mana...sepatutnya aku duduk depan tapi kali ini aku terpakse duduk belakang kerana anak ckg saipul dah duduk kt depan...
aku ni kalau duduk belakang cepat muntah... so aku ambil keputusan untuk mendiamkan diri...
tengah aku duk layan perasaan tiba-tiba semua orang pandang aku...
aku tanyalah...
"Apsal korang pandang aku macam tu??"
"Apsal ko senyap semacam je???"
"Heheh. Tak boleh ke aku diam untuk 1 hari?"
"Erm...boleh tapi rasa pelik pulak kao senyap."
hahah kali pertama aku senyap untuk satu hari...
sebelum ni aku yang banyak cakap...
sebelum sampai kt pahang, aku rase nak muntah..
nak hilangkan muntah tuh..hajar suh bukak tingkap luas-luas...
aku cakap..ni bukan nak menghilangkan muntah. ni nak menghilangkan tuala aku!
haish....
naseb baek tuala aku tak hilang...
sampai je kt lokasinya...
kami pun susunlah barang-barang gamelan...
tengah duk menyusun barang...
Dj karaoke pasang lagu yang da lama aku tak dengar...
nak tahu lagu ape?
haa....lagu jawa lah...
aku tak ongat ape tajuknye...
tapi yang penting memang jawalah...
lepas susun semua barang...
kiteorang pegilah ke rumah yang disediakan untuk kami semua menginap...
tahu tak rumah ape yang kami dapat??
bukan rumah banglo, rumah hantu pun bukan...
haa...
rumah ni special punya~
berek polis meyh!
bersebelahan ngan rumah berek polis ni ade sebuah rumah yang didiami oleh sepasang suami isteri...
aku tak nampak pulak batang hidung anaknya..
hehe.. saje je...
selepas dalam rumah berek tu yang bersepah macam kena halilintar...
macam biasalah...budak lelaki mesti kena tolong angkat katil dan susun elok-elok...
dak laki tidur kt luar...takkanlah tidur ngan dak perempuan kowt~
aku pun cari lah bilik untuk aku ngan anak cikgu saipul~..
kesian dia...demam rupa-rupanya...
haa... macam baiasalah..tanggungjawab aku dalam rumah sudah mula menular dalam diri aku....
aku pun mula lah membahagi tugas kepada 3 kumpulan...
"Dak lelaki pergi susun baju, dak perempuan pergi susun kasut, cikgu ngan mama tolong belikan ubat nyamuk boleh?"
"haa, kau aina buat ape pulak?"
"aku nak menyapu sampah. so korang semua silalah ambil udara kt luar sekejap ea..."
haha... betul-betul bibik aku dibuatnye...
selepas aku siap menyapu sampah...
aku suruh sape yang mandi ala-ala permaisuri tu sila-silalah masuk ke bilik air cepat sebelum ade yang kena baling dengan penyapu magic aku...
yang dak perempuan pun ape lagi...bertungkus-lumus membersihkan bilik , ade yang menggosok, ade yang sibuk mengemas baju lagi...
lepas siap semuanya...
kami pun solatlah maghrib dan isyak berjemaah,,
pukul 9.30 mlm baru bergerak pergi ke tempat kenduri itu...
mula-mula sampai..ada marhaban...kami semua disuruh makan terlebih dahulu...
selepas marhaban habis...dj karaoke pula bagi laluan untuk kteorg main...
mula-mula main dah ramai berkumpul kt depan khemah...
betul-betul tak pernah tengok gamelan orang kampung ni...
tengah syok aku main, tiba-tiba ade sorang budak neyh jatuhkan aku punya scorestand..naseb baek aku hafal not-not tuh...
haish....

lepas main beberape lagu...karaoke pula...
mula-mula tak berape banyak sangat sambutan selepas seorang atuk menyanyi...
lepas seorang budak perempuan menyanyi terus mendapat sambutan...
sebenarnya karaoke tu ade pertandingan rupanya...
lepas tu nama aku pula dipanggil untuk menyanyi...
aku nyanyi lah lagu yang biasa aku bawak kalau kat rumah..
tahu lagu ape yang selalu akuh bawak??
haa...ni lirik nye...
[Verse 1]
Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku
Membayangkan Pahit Manis Berlaku
Entah Siapa Yang Tahu
[Verse 2]
Mungkin Nanti Kau Jua Merasakan
Berdepan Dengan Kata Menyesakkan
Takkan Tugumu Kebal
Tiada Pertimbangan
[Chorus]
Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai Kau Jujur Memahami
Tiadaku Menjauhi
Dan Kisahku Yang Masih Panjang
Menambahkan Berat Yang Memandang
Lantas Ku Pendam
Ku Putuskan Biarlah Rahsia
[Bridge]
Semakin Aku Hidup Dalam Cinta
Tiada Kuasa Mampu Menghalangnya
Hentikan Kata Kata
Bertulangkan Dusta
[Ulang chorus]
Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempat ku
mula-mula aku nyanyi je da ramai yang pegun macam patung...
aku nyanyi je macam tak ada apa-apa berlaku....
yang aku peliknye time aku nyanyi je...
tak ade orang pun yang bagi bunga...
kalau time dak-dak yang lain bagi pulak bunga...
agak geram jugak lah...
tapi tak pe...dah puas aku nyanyi...
sambung pula main gamelan...
kami main sampai pukul 11.00 mlm je...
pastuh balik semula ke berek polis...
masa nak tidurlah macam-macam perkara terjadi...
haa nak tahu apa yang terjadi??
mula-mula masalah kipas sebab dalam semua bilik langsung tak ade kipas..
apalagi...fatma pun mencari tempat yang ada kipas...
tempat yang ade kipas hanyalah kt ruang tamu..
cikgu pun susun lah semula katil tuh kepada dua...
satu tuk fatma satu lagi tuk pemandu van...
cikgu ngan mama tidur kt bawah...
mula-mula kesian gak aku tengok..
tapi disebabkan penat aku langsung tak fikir apa...
yang aku fikir hanyalah "tidur!"
masa ni dah pkul 12.30tgh mlm
aku dah tidur pun time ni...
tapi aku rasa macam ade sesuatu gigit kaki aku...
aku bukak mata then tanya angah..
"ngah, ape yang bergerak tu?"
"lipas naa.."
"hah? lipas ngah? Mama! Lipas!"

pergh~ time tu suara aku je yang paling kuat...
sebab kenapa taw?
bukan seekor lipas, tapi lima ekor lipas.!

semua orang bangun...
kerana suara aku je terus tak lena tidur...
haha...
padan muka korang suka sangat mengenakan aku. sekarang ni korang pulak tak cukup tido...
ape lagi ea?
haa...
pagi nye pula aku yang paling awal bangun sebab ubat nyamuk telah membuatkan tekak akuh perit sampai aku tak boleh bernafas langsung...tambah dengan sejuknya...
haish...
suara aku pun mula bertukar menjadi...
aku rasa korang tak payah tahu lah...dan korang tentulah takut mendengar suara aku...
aku rase sampai sini je kowt~
sebab dah banyak bende yang aku tak ingat...
maklumlah!
DEMAM~
thanks sebab sudi membaca walaupun tak berapa menarik..